Profil
SIGNATURE HERBASCIENCE Corporation (M) Sdn. Bhd. yang dikenali juga sebagai “SHERB” merupakan sebuah firma trading yang berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dengan no pendaftaran( 774474-M ). Beroperasi sejak September 2005. Berdedikasi dalam memastikan kepuasan pengguna dan pengedar – pengedar yang terlibat melalui perkhidmatan yang berkualiti dan produk yang bermutu tinggi.
Syarikat ini beroperasi memasarkan produk– produk kesihatan, perlangsingan serta kecantikkan melalui rangkaian salun- salun @ kedai-kedai jamu dari semua kawasan yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak, Singapura dan Brunei. Kami juga akan sentiasa memastikan satu semangat muhibbah dan setiakawan dikalangan pengedar, stokis dan juga syarikat dalam memastikan pencapaian yang lebih gemilang selaras dengan konsep “TEAM- Together Everyone Achieves More” yang diterapkan didalam sanubari di dalam organisai SIGNATURE HERBASCIENCE™.
SHERB diterajui oleh Pengasas & Pengarah Urusan, Puan Mazlina Binti Berahim, yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran produk– produk kesihatan mahupun kecantikan, menyebabkan beliau penuh berkeyakinan dalam menguruskan syarikat serta memasarkan produk – produk SHERB kepada masyarakat. Beliau telah memasang satu azam yang kuat untuk membangunkan dan membina seramai mungkin usahawan bumiputra yang berjaya dan berkualiti. Tambah beliau lagi, keyakinan, semangat dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi amat perlu untuk memastikan objektif & sasaran jualan dapat dicapai diperingkat yang tertinggi. Penglibatan beliau dalam bidang kecantikan yang agak lama membolehkan beliau faham akan kehendak dan kepentingan pengurusan pemasaran mahupun kualiti produk untuk pengguna.
VISI
Menjadikan SIGNATURE HERBASCIENCE ™ diantara syarikat yang dikenali di dalam negara, mahupun diperingkat antarabangsa serta memperkenalkan produk- produk kesihatan & kecantikan syarikat menjadi produk mampu milik pengguna dari semua lapisan masyarakat serta dari semua peringkat usia hendaknya.
MISI
Menjadi salah sebuah syarikat trading yang terunggul, dinamik, unik, berkualiti tinggi, berteknologi dan terus unggul dalam perniagaan PERUBATAN, KESIHATAN, KECANTIKAN yang berasaskan herba-herba berkualiti tinggi.
FALSAFAH
Positif dalam kehidupan serta pandang kehadapan, semua permasalahan pasti akan dapat diselesaikan, pengurusan minda dan kehidupan yang sempurna mempengaruhi kesihatan yang optimum.

